06 September 2019

"SAYA ADA HAK" - NINA ISKANDAR TUTUP KOMEN, PAKAIAN HAMIL DIKECAM


Pelakon Nina Iskandar yang kini sedang hamil lima bulan anak sulung hasil perkahwinan dengan Azlan Adznan itu baru-baru ini telah memuatnaik foto yang melihatkan dia menggayakan OOTD bersama pakaian mengandungnya.





Bagaimanapun, foto tersebut telah menerima kritikan netizen. Tidak tahan dengan kecaman netizen yang memberikan komen negatif, Nina membuat keputusan untuk menutup ruangan komen. Lantas, dia menyuarakan pendapat sendiri berkenaan cara pemakaiannya.

"I am not obliged to dress how u want me to dress. I don't dress to please other people. So don't tell me how to dress up, how to live my life, saya ada hak untuk menikmati setiap detik kehamilan saya, sama ada u guys suka atau tidak!" tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Malah, Nina menegaskan bahawa pemakaian ibu mengandung memang begitu: "Ingat gila ke apa nak pakai tak selesa utk baby? Nothing fits me anymore. So dah tentu2 my clothes are ALL MATERNITY wear! Fikir dulu sebelum tegur, jgn main bantai je kat comment. Guna otak bahasa beradab sikit," jelasnya.

Bagaimanapun, Nina tetap reda dengan kecaman tersebut: "Oh! Saya lupa nak berterima kasih kpd NETIZEN. Dlm pada korg yang busuk hati ckp mcm2 kt I, tahu kecam je, rezeki I melimapah ruah. Not forgetting the FREE PAHALA too and ingat korg kecam ibu mengandung sekarang.

"Esok lusa akan terkena pada korang juga. Mybe yourself, mybe your wife, mybe your daugther. You thick everything di dunia ini come for free? Cukup I jaga hidup I, U jaga hidup U," katanya lagi yang berkahwin dengan Azlan pada 4 Ogos lalu di Forest Valley Hall, Cheras.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Nina Iskandar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: