06 September 2019

ATIKAH SUHAIME 'DISINDIR': "PERUT BUNCIT = KOCEK BUNCIT..."


Selepas Atikah Suhaime berkongsikan ciri-ciri lelaki idamannya iaitu menyukai lelaki berperut buncit dan idamkan lelaki yang mempunyai kewangan kukuh, ada yang memberikan komen sindiran mengatakan pelakon itu memberi bayangan bahawa dia mahukan jejaka kaya sebagai pasangannya.





Malah, netizen menyifatkan ciri-ciri tersebut merujuk kepada lelaki berstatus atau yang berpangkat. selain menyukai lelaki berperut buncit, Atikah yang hatinya masih belum lagi dimiliki selepas episod putus tunang terdahulu itu turut memberitahu yang dia tidak kisah berapa umur pasangannya ini kerana baginya usia tidak menunjukkan kematangan seseorang.

Melihatkan ciri-ciri lelaki idealnya, ramai lelaki diluar sana beranggapan mereka mempunyai peluang cerah untuk memenangi hati Atikah. Apa pun, tak salah jika lelaki diluar sana mahu mencuba nasib untuk memenangi hati Atikah tetapi perlu diingatkan perlu mempunyai kewangan yang kukuh. Selamat mencuba!

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Forum CARI & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: