06 September 2019

SARAH HILDEBRAND & JEJAKA AMERIKA SYARIKAT - FILIPINA DIDOAKAN BAHAGIA


Menerusi laman Instagram, pelakon Sarah Hildebrand memuatnaik fotonya bersama jejaka kacukan Amerika Syarikat - Filipina yang dikenali sebagai Otto Gillen yang sebelum ini didakwa kekasihnya dengan kapsyen yang seakan memberi bayangan dia kini sedang bahagia: "The best thing I did was take a chance on you".





Perkongsian tersebut bagaimanapun mendapat perhatian peminat dan pengikut laman sosialnya. Rata-rata gembira melihat perkembangan terbaharu pelakon tersebut serta mendoakan agar mereka bahagia: "You deserve all the way coming happiness. Saya doakan yang terbaik untuk kamu." - "Wah semoga berbahagia." - "Semoga bertemu bahagia," komen rata-rata peminatnya.

Namun terdapat juga sebahagian warganet yang cuba membuat perbandingan dengan bekas kekasihnya, Nabil Mahir: "Okay la dari mamat yang suka buli you tu." - "Nampak baik, nampak bukan gila dan tak senonoh macam bekas kekasih kau," komen-komen lain.

Terdahulu, Sarah dilihat pernah mengubah status hubungannya kepada sedang bercinta dengan Otto Gillen. Sebelum ini Sarah dan Nabil pernah bercinta selama lima tahun namun ia berkahir awal tahun ini.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sarah Hildebrand


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: