06 September 2019

IZREEN MUATNAIK FOTO LUANG MASA BERSAMA ANAK-ANAK TIRINYA


Pelakon Izreen Azminda atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam telah memuatnaik foto dan video di laman media sosial Instagram miliknya dimana dia dilihat tetap mencurahkan kasih sayang sama terhadap dua anak suaminya menerusi perkahwinan terdahulu.





Menerusi entri tersebut, ia merakamkan aksi suami kepada pelakon berusia 34 tahun itu telah meluangkan masa bersama anak-anaknya. Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014. Izreen dan bekas suami itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar. Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: