21 September 2019

"SEORANG LELAKI DIPERKOSA ISTERINYA" - HAFIDZ DIKECAM, AKUI GURAU


Menyelar tindakan netizen yang mendakwa dia tidak menghormati isteri gara-gara memuatnaik gambar dengan kapsyen berbaur lucah di laman Instagram, pelakon Hafidz Roshdi, 25, berkata netizen tidak seharusnya mengambil serius isu berkenaan memandangkan posting yang dimuatnaik itu sekadar mahu bergurau dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.





"Sejujurnya saya tak tahu menahu mengenai perkara ini kerana saya baru saja lepas operate kepala sebab tanam rambut. Pada saya ia perkara biasa sahaja kerana hanya bergurau dengan isteri. Tak timbul pun soal saya tak hormat isteri sebab saya hanya bergurau dengannya," ujarnya.

Kata Hafidz lagi, dia juga enggan mengambil peduli dengan kecaman netizen di laman sosial berikutan pernah melalui perkara sama sebelum ini: "Saya rasa ia kelakar tapi kalau netizen rasa tak kelakar, saya tak boleh nak buat apa.

Klik untuk gambar besar


"Lagipun saya dan isteri okay sahaja. Dia faham saya bergurau dengan dia. Tak sangka pula netizen nak terasa dengan posting itu. Saya dah malas nak ambil port... masa baru-baru kahwin pun saya dah pernah kena kecam. Bila dah pernah kena, saya dah tak rasa apa-apa," katanya.

Terdahulu, posting yang dimuatnaik Hafidz di laman Instagram miliknya pada Khamis menimbulkan rasa kurang senang warganet: "Seorang lelaki diperkosa oleh isterinya," tulis Hafidz yang membuatkan laman sosial Hafidz diserang netizen yang menganggap dia tidak sensitif.

"Rahulah dah halal tapi memang tak perlu nak buat kapsyen macam tu. Kita orang Islam kenalah ada sifat malu." - Tak apa dik, saya sokong statement awak. Bergurau pun ada hadnya. Tapi bak kata mereka yang konon lebih matang, siapalah kita nak tegur artis favorite mereka." - "Edit sahajalah kasihan dekat isteri," tulis netizen.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Hafidz Roshdi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: