21 September 2019

9 FOTO - SEKITAR PERNIKAHAN NUR ANIS, ANAK KEDUA ROSYAM NOR


Semalam (Jumaat - 20 September 2019), anak kedua pelakon Datuk Rosyam Nor iaitu Nur Anis, 26, selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya. Rosyam sebelum ini berkata, dia memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak untuk mencari dan menentukan pasangan hidup masing-masing.





Menurut Rosyam, 52, anak-anak mempunyai hak dalam menentukan pasangan dan dia sebagai bapa meletakkan kepercayaan penuh atas pilihan mereka itu: "Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah ditanggung dan diterima.

"Anak saya (anis) bernikah hari ini (Jumaat) dan Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan pada Sabtu diikuti majlis di sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan. Ini majlis perkahwinan anak saya yang kedua. Untuk kali ini majlis hanya dibuat sederhana memandangkan ekonomi sekarang tidak berapa bagus," ujarnya.

Terdahulu, nama Anis menjadi sebuatn netizen apabila dia dikatakan menjadi orang tengah yang menyatukan pelakon Elfira Loy dan suaminya, Faris Anuar.

Klik untuk gambar besar

















www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, @alianajihah, @belladally, @zettyabdrashid, @didiyanaehsan & @elfiraloy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: