21 September 2019

JANGKITAN KUMAN PADA USUS - SHAZROUL FAZLIE (AF4) KINI KRITIKAL


Akibat jangkitan kuman pada usus, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim keempat (AF4) iaitu Shazroul Fazlie kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menurut ibunya, Noraini Elias, Shazroul jatuh sakit secara tiba-tiba, 10 September lalu, iaitu sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-34.





"Anak saya dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di ICU HKL. Dia sudah melalui dua pembedahan, masing-masing pada 10 September lalu dan hari ini. Doktor turut melakukan pemotongan usus yang bocor, sepanjang kira-kira 90 sentimeter.

"Doktor memaklumkan, kaedah rawatan dilakukan cukup berisiko dan mereka berharap, badannya kuat untuk melalui proses pembedahan ini dari masa ke semasa. Saya berharap semua mendoakan yang terbaik untuk anak saya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Noraini, berat badan Shazroul juga menyaksikan penurunan secara drastik, daripada 61 kilogram (kg) kepada 45 kg: "Allah sentiasa menguji hamba-Nya. Begitu juga dengan anak saya yang mendapat perkhabaran duka apabila dimaklumkan mengenai hal ini. Lebih menyedihkan, ia terjadi sebelum sambutan hari lahirnya. Saya bagaimanapun percaya, dia anak yang kuat".

Sebelum itu, perkhabaran berkenaan turut dikongsi beberapa temannya, termasuk rakan seperjuangan dalam program terbabit, Natasha Nordin. Shazroul pernah menghasilkan album berjudul 'Cuma', selain berduet dengan Adzrin Azhar menerusi lagu 'Pencuri Hati'.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: