21 September 2019

BILA RADHI OAG DIGODA GADIS, MINTA BUKA BAJU


"Saya enggan nak cerita sangat kerana nanti orang ingat 'poyo'. Tapi gadis sekarang sangat berani kerana siap minta saya buat video dan buka baju. Saya memang takut dan tak nak ikut arahan mereka kerana bimbang ia satu perangkap. Lagipun saya tak nak buat dosa.





"Kadangkala mereka telefon dan konon dakwa salah nombor. Apabila tahu yang menjawab itu saya, mulalah mereka minta yang bukan-bukan," demikian kata vokalis kumpulan OAG, Radhi yang mengakui dirinya berdepan ujian daripada pelbagai gadis yang cuba menggodanya di laman sosial.

Mengesahkan sukar untuk rujuk semula dengan bekas isterinya, Ayu selepas disahkan bercerai pada 25 Mac lalu, Radhi atau nama penuhnya Muhammad Radhi Razali, 41, berkata, dia tidak boleh mendesak Ayu atau Nur Syahira Ayu Zahiri, 25, untuk kembali hidup sebagai pasangan suami isteri seperti dahulu.

"Itulah sebabnya saya cakap jodoh kami sampai sini sahaja. Perkara ini agak susah untuk diungkapkan. Ada atau tidak jodoh kami semula selepas ini, saya serahkan kepada Allah. Soal rujuk ini tak boleh dijangka berlaku dalam tempoh tiga bulan. Kami sekarang dah boleh berborak sebagai kawan dan rasanya dah tak boleh pergi (teruskan) hidup seperti dulu," ujarnya.

Menurutnya, ada rakannya yang bercerai mengambil masa enam hingga 10 tahun untuk berkahwin semula. Bagaimanapun Radhi yang kini bergelar duda mengakui dirinya tidak pernah serik untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga sekiranya bertemu jodoh: "Azamku komitmen baharu, sedia untukmu. Ini lirik lagu baru saya. Insya-Allah jika sampai masanya saya akan kahwin," tuturnya secara bergurau.

Klik untuk gambar besar


Mengulas persoalan kembali berumah tangga, Radhi menjelaskan ia bukanlah keutamaannya disebabkan ingin fokus terhadap kerjaya seninya terlebih dahulu kerana akan mengeluarkan album terbaru berjudul Putera Puteri. Dia bagaimanapun berterus-terang memberitahu ciri-ciri gadis idamannya.

"Kalau boleh untuk isteri ketiga memanglah saya nakkan yang baik sebagai yang terakhir. Saya impikan gadis berpurdah ikut sunnah selain kuat pegangan agama. Untuk jatuh cinta lagi memang bukanlah suatu perkara yang mudah. Tapi untuk yang ketiga ini, Allah sudah bagi bayangannya kepada saya.

"Calonnya memang dah ada tapi saya kena buktikan diri betul-betul bersih kerana Allah dan demi diri sendiri. Takkan kali ketiga nak alami benda yang sama juga," ujarnya yang mengakui dia lebih senang mengahwini seorang gadis yang tidak dikenali dan berada di belakang tabir.

Perkahwinan Radhi dengan Ayu pada 14 April 2014 dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3. Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan pelakon drama, Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Rifdhi Muslim, 14.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Radhi OAG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: