25 September 2019

TERIMA SEMUA 'JOB' - JANNA TAK KISAH BAYARAN, ASALKAN MUKA 'BERSEPAH'


"Kemungkinan kemenangan kali ini disebabkan saya tamak merebut semua peluang yang ada selain tak pernah 'demand' dengan harga tawaran lakonan. Walau tidak dibayar dengan harga yang tinggi, asalkan muka saya banyak dan bersepah," ujar pelakon Janna Nick yang sentiasa merebut peluang yang ada tanpa mengira soal bayaran dan tidak pernah meletakkan harga tinggi untuk setiap tawaran yang diterima.





Nama Janna memang tidak perlu diperkenalkan lagi dan baru-baru ini dia berjaya memenangi anugerah Artis Versatil Popular di malam kemuncak ABPBH 32. Boleh dikatakan Janna berada di puncak populariti. Meskipun sudah menang, Janna berkata dia masih belum mencapai prestasi ataupun tahap yang membanggakan dalam karier seninya.

Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki untuk memberikan kualiti yang terbaik: "Walaupun dah menang tapi tak rasa kualiti saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada tahap yang membanggakan diri. Apa yang saya boleh lakukan ialah memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik".

Baguslah kalau Janna tidak menjadikan alasan kemenangannya itu untuk terus merasa selesa dan enggan majukan diri. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepadanya dan semoga terus sukses.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Janna Nick


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: