25 September 2019

TAHNIK ANAK HARI KE-6: "SESUNGGUHNYA LAMA MENANTI & MERINDUI..." - AZRINAZ


Pada Jumaat lalu, bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim telah selamat melakukan acara tahnik untuk anak ketiganya, Areesya Malaykha. Sekitar majlis itu telah dikongsikan oleh Azrinaz menerusi laman Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, Azrinaz bersyukur kerana tahnik yang dilkakukan di hari keenam kelahiran bayinya itu telah disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin di kediaman mereka.





"Alhamdulilah, mengambil berkat penghulu segala hari, Jumaat lepas Areesya Malaykha telah ditahnik oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin dibantu oleh Ustaz Mohd Hafeez di kediaman kami. Tahnik merupakan amalan sunnah yang dituntut dengan menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi bersama air zam-zam dan madu. Tujuannya agar bayi terlatih mengunyah makanan dan menguatkannya untuk makan

"Dari Abu Musa beliau berkata, "Suatu ketika) aku memiliki anak yang baru lahir, kemudian aku mendatangi Nabi SAW, kemudian baginda memberi nama padanya dan baginda mentahnik dengan sebutir kurma." [Riwayat Imam Muslim]," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Azrinaz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut Azrinaz telah berkongsi foto-foto ketika acara itu dilakukan. Ia turut ditemani suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid. Tambah Azrinaz lagi, Areesya merupakan zuriat yang sudah lama dinanti-nantikannya dan berharap anaknya itu menjadi anak yang baik dunia dan akhirat.

"Sesungguhnya saya dan suami telah lama menanti dan merindui kehadiran zuriat darah daging sebagai penerus jasa, penyeri hidup kami sekeluarga. Menjadi harapan kami agar Areesya Malaykha menjadi seorang anak yang solehah, sihat tubuh badan, pandai berbicara dan berkata-kata (macam mommy ) dan menjadi insan berguna di dunia dan akhirat," luahnya.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu. Sebelum ini, Azrinaz dan suami sama-sama bertugas di sebuah stesyen penyiaran, namun mula rapat sejak lebih setahun sebelum mereka mendirikan rumah tangga.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azrinaz Mazhar Hakim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: