25 September 2019

TIADA SOAL RUJUK - BELLA HANYA BERI SEMANGAT KEPADA ALIFF AZIZ


"Tidak timbul soal nak rujuk atau sebaliknya apabila kami masih berhubung. Ia juga bukan seperti memberikan harapan kepada Aliff. Begitupun, warganet mempunyai pendapat dan pandangan mereka sendiri berkaitan hal ini. Saya pula tidak kisah apa yang mereka hendak fikirkan. Dengan segala pengalaman ditempuhinya, Aliff kurang yakin untuk tampil secara langsung di IG.





"Jadi, saya mengajaknya untuk turut serta apabila berbuat begitu. Terpulang apa orang di luar sana hendak fikirkan. Jika ada yang tidak suka kami berbuat demikian, mereka boleh sahaja tinggalkan IG Live itu dengan serta merta. Dengan mengadakan IG Live bersama, saya nampak dia lebih yakin. Saya sendiri ingin memberikan semangat kepadanya.

"Apa sahaja yang berlaku, Aliff tetap bapa kepada anak kami (Ayden Adrean). Kami akan tetap buat IG Live bersama, selepas ini," ujar pelakon Bella Astillah, 25, yang tidak melihat tindakannya yang masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, sebagai isu besar.

Klik untuk gambar besar


Tegasnya juga, komunikasinya secara langsung bersama Aliff menerusi Instagram (IG) Live bukan bermakna mereka akan kembali bersama sebagai pasangan yang berkahwin. Bella yang semakin aktif dalam dunia lakonan dan nyanyian itu ditanya mengenai keadaan Aliff, 28, yang kini berada di Singapura, Bella mengakui kurang maklum berhubung hal itu.

"Apa yang saya tahu, dia kini berusaha mendekatkan diri dengan agama, termasuk mengikuti kelas mengaji. Perkara sebegitu pastinya akan mendorong Aliff untuk lebih dekat dengan kebaikan. Apabila kita berbuat baik, insya-Allah Tuhan akan memberikan kebaikan juga untuk kita. Apa yang pasti juga, anak tetap menjadi sumber kekuatannya. Selebihnya, saya kurang arif," katanya.

Untuk makluman, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Ayden Adrean, pada 8 Julai 2017. Selepas berdepan beberapa kontroversi, pasangan ini sah bercerai pada Mei lalu.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Bella Astillah & Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: