17 September 2019

"WALAUPUN ATTAR TAK LANCAR BERCAKAP TAPI CEPAT TANGKAP" - WAWA


"Ramai yang tanya perkembangan Attar macam mana. Alhamdulillah ada perubahan, tahun depan dah masuk darjah satu. Risaunya hari itu kitorang daftar dia darjah satu. Tapi rupanya sekolah tu kena exam dulu. Jadi antara lepas ke tak lah masuk sekolah tu.





"Saya dan Aeril telan ayaq liur juga la sebab dan-dan cikgu bagi exam paper pada Attar. Jenguk soalan dia boleh tahan susah lah untuk budak enam tahun. Dalam hati susahnya soalan ni untuk Attar. Mesti gagal, tak sampai 30 minit Attar keluar dari bilik exam tu dan cikgu beritahu Attar lulus dan dapat markah 35 out of 40. Kira high score juga. Alhamdulillah...

"Leganya, walaupun Attar tak lancar sangat bercakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar. Tapi tu la Attar ni sejenis yang kejap-kejap je belajar lepas tu bosan tapi tak apa lah kita pelan-pelan kayuh ye Attar. Mama tahu Attar budak yang bijak," demikian tulis pelakon Wawa Zainal yang berkongsi perkembangan terbaru mengenai keadaan anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar yang bakal memasuki tahun satu tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar


Coretan itu dimuatnaik oleh isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya. Menurut Wawa, walaupun masih belum lancar untuk bertutur kata namun Attar cepat memahami dan mempelajari sesuatu perkara.

Untuk makluman, Wawa yang sebelum ini pernah meluahkan rasa bimbang apabila Attar masih belum boleh bercakap walaupun usia anak lelakinya itu sudah mencecah empat tahun itu telah mendirikan rumah tangga dengan Aeril pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa. Manakala untuk perkembangan terbaru pula, Wawa kini sedang hamil anak ketiga.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: