17 September 2019

RAMAI TAK SUKA DIRINYA - CHALEEDA TAK SANGKA, TERTEKAN BACA


Mengakui menerima keputusan penyingkirannya dengan hati terbuka pada malam minggu kelima program 'Big Stage 2019', penyanyi kelahiran Thailand, Chaleeda Gilbert berkata, dia terharu dengan sokongan yang tidak pernah putus daripada peminatnya.





"Sejujurnya, saya berasa terharu atas sokongan peminat selama beberapa minggu ini. Mungkin kali ini nasib tidak menyebelahi diri saya. Setiap minggu, peminat berharap agar saya memberikan persembahan yang lebih baik serta ada peningkatan dalam nyanyian.

"Saya bersyukur walaupun pada awalnya saya menjangkakan akan tersingkir pada minggu pertama tetapi saya masih di sini atas sokongan mereka. Saya terima dengan hati terbuka memandangkan rakan lain yang bertanding memang selayaknya meneruskan perjuangan.

"Bagi saya Azdrin memang layak untuk meneruskan perjuangan di pentas Big Stage. Saya bangga dengan apa yang telah dilakukannya termasuklah rakan lain yang sudah saya anggap seperti keluarga sendiri," katanya.

Klik untuk gambar besar


Tambah Chaleeda, dia mendedahkan dirinya tidak pernah terlepas untuk membaca komen tentang persembahannya setiap hari di laman sosial: "Saya mula membaca komen-komen daripada peminat di laman Twitter mulai minggu kedua. Saya tidak tahu, tetapi secara tiba-tiba saya boleh memahami Bahasa Melayu.

"Saya berasa tertekan selepas membaca komen tentang diri saya. Saya tak sangka seramai itu orang yang tidak menyukai akan persembahan saya. Sepanjang hidup saya, ini adalah tekanan paling hebat yang pernah dirasai. Walaubagaimanapun, secara jujurnya saya merasakan itu bukan komen negatif. Saya tahu bagaimana nyanyian saya dan mereka ada hak untuk menyuarakannya," tambahnya lagi.

Sebanyak 10 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan Thailand berentap di pentas Big Stage 2019. Syada Amzah dan Chaleeda Gilbert telah diumumkan tersingkir untuk minggu kelima dan 8 peserta melangkah ke minggu keenam. Pada minggu hadapan, kesemua peserta bakal mempersembahkan dua persembahan iaitu lagu pilihan daripada juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga 'Battle Round'.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Chaleeda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: