17 September 2019

ZARINA ANJOULIE BUKA TUDUNG, TAYANG 'ASET'?


Nama Zarina Anjoulie sering menjadi bualan ramai, meskipun pelakon itu sudah tidak lagi muncul di kaca televisyen. Malah, Zarina yang aktif di media sosial juga dikenali seorang yang lantang bersuara dan sebelum ini pernah mendedahkan beberapa cerita panas selebriti. Lama tak dengar cerita mengenai Zarina selepas kontroversinya pelakon dengan Fathia Latiff.





Bagaimanapun, nampaknya Zarina tidak boleh lekang dengan kontroversi apabila baru-baru ini namanya sekali lagi hangat diperkatakan apabila tersebar beberapa video di Twitter selepas pelakon itu memuatnaik video di InstaStory yang memaparkan dirinya tidak bertudung dan berpakaian seksi sehingga mendedahkan 'aset'.

Menerusi perkongsian tersebut, netizen turut tertanya-tanya apa yang terjadi pada Zarina. Tweet tersebut mendapat perhatian pengguna lain namun rata-rata netizen seolah tidak terkejut dengan penampilan pelakon itu.

Klik untuk gambar besar


Malah netizen berkata, jika melihat perkongsian di Instagram milik Zarina, pelakon itu memuat naik gambar bertudung, tetapi di Insta Story tampil tidak bertudung. Sementara itu, ada segelintir netizen mengecam tindakan pengguna Twitter yang memuatnaik video tersebut yang disifatkan menyebar aib orang.

Kata netizen lagi, tidak perlu kongsikan video tersebut kerana ia hanya buatkan pelakon itu lebih popular. Tidak kurang juga ada yang mengatakan Zarina sengaja memuat naik video tersebut untuk meraih publisiti.

Dalam pada itu, ramai yang mengatakan daripada mengecam lebih baik jika doakan agar pelakon itu berubah ke arah yang lebih baik serta berharap Zarina tidak salah memilih kawan. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: