19 September 2019

ZARINA ANJOULIE: "KALAU TAKDE SIAPA PAKSA BUAT APA PAKAI (HIJAB)"


Umum mengetahui mengenai pelakon Zarina Anjoulie yang kembali mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan beliau tidak lagi memakai tudung. Menurut Zarina penhijrahannya sebelum ini adalah kerana paksaan bekas suami yang mahukannya berhijab dan tidak kisah dengan kecaman orang ramai atas keputusannya itu.





"Kalau tiada siapa paksa buat apa pakai (hijab). Aku pakai tudung sebab bekas suami paksa. Saya secara rasmi buka tudung. Aku tak kisah dengan kecaman sebab bukan korang yang bagi anak aku makan. Jadi jangan kecam," ujarnya.

Dalam masa sama, Zarina turut memuatnaik kenyataan memohon maaf di Instagram kepada mereka yang kecewa dengan keputusan yang dibuatnya itu. Zarina juga sempat berterima kasih kepada peminat yang menegurnya: "Salam semua, saya nak cakap terima kasih kepada semua yang menyokong dan menasihati serta maki.

Klik untuk gambar besar


"Saya tahu meskipun ada yang maki tapi jauh di lubuk hati kalian betul ikhlas menegur cuma cara teguran itu berbeza. Saya tahu niat anda baik. Maaf kepada siapa yang hampa dan terima kasih kepada yang sudi memberi peringatan," tulisnya di laman Instagram selepas membuat pengakuan tidak mahu lagi bertudung.

Terdahulu Zarina mengejutkan ramai pihak apabila memuatnaik video dan foto dirinya tidak lagi berhijab dengan rambut berwarna perang. Malah, Zarina tampil berani memuatnaik video bersama beberapa kenalan wanitanya dengan hanya memakai busana yang sangat seksi hingga menampakkan sebahagian besar payu daranya.

Video dan foto panasnya tular di media sosial Twitter dan Instagram sejak kelmarin hingga mencetuskan kemarahan segelintir pihak mengenai tindakannya seolah-olah mempermainkan agama. Sejak penularan video terbabit juga Zarina kembali rancak membuka ruang promosi kepada peniaga atas talian yang ingin memasarkan produknya di platform media sosialnya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: