19 September 2019

"MASIH BERKAWAN..." - FIZO DOAKAN MAWAR TEMUI JODOH TERBAIK


"Keputusan mahkamah untuk hak penjagaan sementara dah keluar. Alhamdulillah, adalah giliran-gilirannya untuk anak bermalam dengan saya seperti waktu hujung minggu. Sesibuk mana pun, rindu pada anak ini lain macam sikit. Jadi bila dah jadi macam ini saya lebih hargai masa dengan anak saya. Saya dan Mawar masih berkawan lagi pun rumah kami dekat sahaja.





"Jadi jumpa, ambil anak dan kadang-kadang ada juga mesej tetapi lebih kepada anak. Saya doakan Mawar dapat jodoh yang terbaik untuk dia," demikian kata pelakon Fizo Omar yang mengakui tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan isteri, Mawar Abdul Karim demi anaknya, Wan Maryam.

Menurut Fizo, walau apa pun perkara yang berlaku dalam rumah tangga mereka namun hubungannya dengan Mawar tetap baik. Bercerai bukannya bermaksud kita harus bermusuhan, contohnya seperti Fizo yang masih berkawan baik dengan bekas isterinya demi kebahagiaan anak mereka. Baguslah jika terus berkawan dan tidak bermasam muka demi melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Semoga keharmonian hubungan mereka berdua ini kekal selamanya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: