19 September 2019

14 FOTO: 9 BULAN KAHWIN - RAJA ILYA & SUAMI ADAKAN MALAM BERINAI


Selepas mendirikan rumah tangga pada 23 Disember lalu di Perth, Australia, pelakon Raja Ilya dan suaminya yang merupakan jejaka Australia, Trent Garret telah diraikan dalam majlis berinai di ibu kota malam tadi. Malam berinai yang diadakan di sebuh hotel itu kelihatan sangat meriah dan dilakukan secara besar-besaran.





Dalam majlis tersebut, Ilya anggun dengan dress labuh berona biru dan Trent pula segak dengan pakaian ala Punjabi. Mereka duduk bersama di atas pelamin khas untuk malam berinai. Ramai tetamu yang hadir termasuk keluarga Ilya serta rakan artis seperti Reen Rahim. Foto-foto sepanjang majlis itu dikongsi Ilya di dalam akaun Instagram miliknya.

Difahamkan, aktres tersebut bakal meraikan sahabat handai dan ahli keluarganya dalam majlis resepsi bertemakan 'black tie' yang bakal diadakan di Petaling Jaya, hari ini. Untuk makluman, Raja Ilya dan Trent berkahwin selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.

Klik untuk gambar besar



























www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Raja Ilya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: