19 September 2019

FASHA SANDHA BERI 'HINT': "BERLIMA.... INSYAALLAH"


Menerusi laman Instagram, pelakon Fasha Sandha telah memuatnaik gambarnya bersama suami, pelakon Aidil Aziz dan anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 4, serta memberi bayangan bahawa dia kini sedang hamil dengan kapsyen yang ditulis: "Berlima.... #insyaallah,".





Biarpun berita tersebut sudah boleh dihidu peminat sejak beberapa minggu lepas, Fasha, 35, bagaimanapun memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan. Namun begitu, tindakannya memuatnaik foto tersebut dalam Instagram sebentar tadi telah menguatkan lagi spekulasi kehamilan pelakon drama 'Lara Aishah' itu.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Fasha dan mendoakan agar dia diberikan kesihatan yang baik dan kandungan kali ini menjadi. Selepas keguguran ketika usia kandungannya hampir enam minggu pada bulan Jun lalu, sejak kebelakangan ini ada khabar angin mengatakan Fasha kembali hamil, selepas salah satu foto yang dimuatnaik di akaun Instagram menampakkan bahagian perutnya kelihatan seperti ada 'baby bump'. Namun, pelakon wanita itu tidak memberikan sebarang kenyataan.

Untuk makluman, Fasha yang mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Aidil pada Mac tahun ini pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah enam minggu. Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 2012 namun bercerai pada 2016. Jika berita ini benar, tahniah kami ucapkan kepada Fasha. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Beatifulnara, Instagram Fashas Sandha & Aidil Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: