19 September 2019

"BUKAN SAYA" - LUFYA NAFI UMUM BUKA TUDUNG LEPAS CERAI


Tampil memberi penjelasan kepada beberapa individu yang menghantar mesej peribadi, yang mendakwa dirinya membuka tudung selepas bercerai, pelakon dan penyanyi Lufya Omar atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, itu menerusi sebuah posting di Instagaram (IG) berkata, dia tidak akan berbuat demikian.





"Terpaksa jelaskan yang 'direct mesej' (DM) tanya ramai sangat. Terpaksa jelaskan bukan saya dalam video yang mengumumkan buka tudung lepas bercerai. Saya pakai tudung sebelum kenal dgn suami lagi dan Insya-Allah akan kekal sampai akhir nafas saya, amin.

"Hijab itu bukan menandakan kita baik, alim atau bagus dari orang lain. Kita semua pendosa bukan maksum. Jangan kerana kekecewaan kita terhadap manusia, kita sampai menderhaka kepada perintah Allah," tulisnya.

Bekas peserta Akademi Fantasia 6 (AF6) itu turut berharap agar dirinya kuat menempuh dugaan dari Allah SWT: "Tanda-tanda kiamat dah semakin banyak. Semoga kita semua sempat bertaubat dan mendapat keampunan dari-Nya. Buang yang keruh ambil yang jernih. Moga setiap ujian yang Allah berikan kepada kita menjadikan kita lebih dekat denganNya. Doakan saya kuat".

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, warga net terus memberi kata-kata semangat kepada wanita beranak satu itu agar terus tabah menjalani dugaan. Beberapa hari kebelakangan ini nama Lufya menjadi sebutan apabila berkongsi mengenai masalah rumah tangganya bersama suami.

Penjelasan Lufya disebabkan timbul kekeliruan antara dirinya dengan pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie yang mengumumkan membuka tudung di IG semalam. Untuk rekod, ini bukan kali pertama peminat keliru antara Lufya dan pelakon Zarina Anjoulie. Malah, ramai juga menganggap mereka seperti adik-beradik kembar.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: