19 September 2019

SERING PUJUK AYU - RADHI KINI REDA, MAHU TUMPU PADA DIRI SENDIRI


"Fasa awal saya berpisah, saya mengaku saya sering memujuk Ayu untuk kembali. Namun, kini saya telah reda dan mahu menumpukan perhatian terhadap diri sendiri. Saya mahu berkawan dengan Ayu demi membesarkan anak-anak kami," demikian kata vokalis OAG, Radhi yang tidak lagi berhasrat untuk rujuk semula dengan bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri atau Ayu selepas kira-kira dua bulan mereka berpisah.





Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, 41, berkata, selepas kali kedua gagal dalam perkahwinan dia tekad mahu memperbaiki diri sebelum bersedia kembali menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.

Menurutnya, dia reda dengan apa yang berlaku dan mahu menjalinkan hubungan sebagai rakan karib bersama bekas isteri demi anak-anak mereka iaitu Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3. Dia berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar, Majlis Malam Amal Pengasih @ Cinta Manis di Pusat Pengasih Malaysia, Bukit Tunku di sini.

Klik untuk gambar besar


Mengulas mengenai hubungan antaranya dan bekas isteri, Radhi berkata, dia kerap bertemu dengan Ayu untuk mengetahui perkembangan anak-anak: "Saya sayang anak-anak saya. Baru semalam (Selasa) saya bertemu dengan Ayu. Kami boleh bersembang seperti biasa".

Pelantun lagu 'Melati Putih' itu berpisah dengan Ayu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada 16 Julai lalu. Sebelum ini, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim yang kini berusia 14 tahun.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: