20 September 2019

"19/09/1990 & 19/09/2019..." - ALIF SATAR TIMANG ANAK LELAKI DI HARI LAHIR


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar yang telah menimang cahaya mata ketiga iaitu lelaki apabila isterinya, Shadila Halid selamat bersalin lewat malam semalam (19 September 2019).





Menerusi entri di Instagram (IG), Alif berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya apabila impiannya untuk memiliki anak lelaki akhirnya termakbul: "Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar my wife @shadilahalid at 11.21 pm, 19/09/19, safely delivered our third child. A healthy baby boy".

Lebih menggembirakan, pengacara program 'Big Stage' itu berkongsi tarikh ulang tahun kelahiran yang sama dengan anak bongsunya itu. Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Alif dan keluarga serta mendoakan kesihatan anak lelakinya itu.

Untuk makluman, pelantun lagu 'I Want You To Love Me' itu dan Shadila berkahwin pada 15 September 2014 dan sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Alif Satar & Shadila Halid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: