01 September 2019

ZYNAKAL SAH HIDAP BIPOLAR MANIA, BEBAS DADAH


Semua mengetahui mengenai isu seorang penyanyi BBNU dan komposer, Zynakal yang didakwa bertindak diluar kawalan dengan mencederakan seorang pekerja warga Bangladesh di stesen pam minyak di Ampang dan menghalang tugas polis. Tindakan Zynakal itu telah menyebabkan dia disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dikenakan denda sebanyak RM2,800.





Ramai yang tidak tahu bahawa penyanyi lagu 'Terbang' itu mengalami penyakit Bipolar Mania yang boleh menyebabkan gangguan emosi berubah-ubah. Menurut rakan rapatnya, Syazwan Zanini berkata Zynakal menghadapi Bipolar Mania dengan itu dia perlu menjalani beberapa proses rawatan untuk pemulihan. Kini, Zynakal masih di tahan di wad psikiatri, Hospital Besar Kuala Lumpur.

"Setelah mahkamah menjatuhkan hukuman denda pada Jumaat lalu, kami pujuk dia untuk ke hospital kerana nampak lain dari dirinya yang menggambarkan itu bukan dirinya. Awalnya menolak, namun akhirnya dia akur dengan permintaan kami, hasil pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap salah satu masalah pada mental dan perlu mendapatkan rawatan segera. Buat masa ini tidak dapat dipastikan bila akan dia dibenarkan pulang.

Klik untuk gambar besar


Tambahnya lagi, buat masa ini keadaan Zynakal belum lagi stabil dan kelakuannya tidak boleh dijangka. Rakannya itu turut menafikan Zynakal dibawah pengaruh bahan terlarang: "Watak dua pelbagai dan kadang-kadang kita tidak faham dan cuba apa yang dia sampaikan dalam perbualan. Kalau anda kenal dia, anda akan tahu itu bukan dia. Hasil ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

Untuk makluman, antara simpton Bipolar Mania ialah rasa gembira, lebih aktif dari biasa, masalah untuk tidur, rasa gelisah, cepat marah, melakukan sesuatu perkara berisiko dan bercakap dengan cepat.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zynakal


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: