02 September 2019
10 FOTO NIKAH & BERINAI - ARDELL GIGIL, NANGIS KETIKA NADZMI SARUNG CINCIN
Tidak menyangka teman baiknya yang dianggap seperti adik iaitu pelakon Nadzmi Adhwa akhirnya menjadi pasangn hidupnya, pelakon Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, memberitahu Nadzmi ada beberapa kali menyatakan hasrat untuk memperisterikannya namun menolak kerana masih belum bersedia.
"Saya dah anggap dia macam adik dan kami macam kawan baik, masa susah dan senang ada bersama. Dia ada bagi beratus kali hint nak ajak kahwin tapi saya tak bagi jawapan sebabnya saya tak bersedia lagi, rasa banyak kekurangan dan bukan mudah bergelar isteri.
"Sehinggalah selepas hari raya Aidilfitri lalu, saya sendiri merisik dia memberi senaskhah Al-Quran untuk dia fahami dan khatamkan," kata Ardell yang kini sudah sah bergelar isteri kepada Nadzmi dengan sekali lafaz kira-kira jam 5.31 petang Ahad dalam satu majlis akad yang diadakan di kediaman keluarga perempuan di Seri Kembangan.
Klik untuk gambar besar
Ditanya mengenai majlis resepsi dan bulan mdu, Nadzmi, 27, berkata mereka masih belum menemui tarikh dan lokasi bersesuaian untuk perkara itu. Ini kerana pasangan pelakon drama 'Namaku Bedah' ini yang saling mengenali antara satu sama lain kira-kira lapan tahun lalu dan bermula dengan cinta dalam diam itu terikat dengan beberapa projek dan tugasan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
"Selepas ini Ardell ada latihan misi kemanusiaan di Yaman dan Syria, manakala saya pula ada penggambaran. InsyaAllah bulan Oktober atau November depan baru akan diadakan majlis resepsi... honeymoon? Kami mungkin akan menunaikan umrah hujung tahun ini. Soal anak pula kami tak merancang, kalau rezeki itu datang awal, kami terima dengan hati terbuka," ujarnya.
Sementara itu, menerusi video yang dikongsi netizen di laman sosial Instagram (IG) itu, Ardell kelihatan kekok ketika Nadzmi Adhwa mahu memegang tangannya. Tangan Ardell juga kelihatan menggigil ketika acara tersebut dan pelakon tersebut dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu gementar.
Bagaimanapun, Nadzmi Adhwa akhirnya berjaya menyarung cincin ke jari isterinya selepas seorang tetamu memberi kata-kata positif dan meminta pasangan pengantin bertenang: "Pegang tangan dia tu, jangan takut... dah boleh pegang dah, dah halal..."
Dalam majlis akad nikah tersebut, pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid AL Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz dalam sebuah majlis serba sederhana. Ardell telah menerima hantaran senaskah Al-Quran, mas kahwin berjumlah RM300 serta dua dulang hantaran. Nadzmi turut menerima dua dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.
Difahamkan Al-Quran yang dijadikan hantaran kepada pengantin perempuan merupakan hadiah daripada Ardell kepada Nadzmi semasa majlis merisik, namun dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak, Instagram Nadzmi Adhwa, @amirnaufalphotography, @nqkhaireen & @ain.fthah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment