02 September 2019

"JIKA BERITAHU ANDA KISAH SEBENAR, SAYA RASA LEGA" - RIHANA OKSANA


"Saya tahu semua orang sangat mahu mengetahui apa yang berlaku sebenarnya antara kami. Sebelum ini, saya tidak bersedia untuk menceritakan semuanya.. Kemungkinan, jika saya memberitahu anda kisah sebenar, saya akan merasa lega.. Tetapi, saya tidak mahu menyakiti sesiapa pun, ianya pasti akan menyakitkan sekali," demikian kata Rihana Oksana Petra menerusi laman Instagram yang menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen.





Menerusi entri itu, Rihana menyedari ramai yang ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka. Ujarnya lagi, jika beliau memberitahu kisah sebenar pasti beliau akan merasa lega. Namun, katanya seandai beliau menceritakan perkara sebenar pasti ianya akan menyakitkan.

Bulan lalu, nama bekas Ratu Cantik Rusia itu menjadi perhatian ramai apabila peguam Sultan Kelantan mengesahkan sudah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak peguam Rihana. Namun, setakat ini masih tiada khabar terbaru mengenai status perkahwinan diraja itu. Terdahulu, Rihana terkilan dengan dakwaan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang menafikan statusnya sebagai bapa kepada anak mereka mencabar baginda melakukan ujian DNA terhadap bayi berkenaan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Rihana Oksana Petra


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: