02 September 2019

DEDAH RAMAI SUAMI ORANG MAHUKANNYA - OKTOVIA TOLAK, BUKAN PERAMPAS


"Sejujurnya pengalaman pedih itu suatu pengajaran, saya lebih berhati-hati. Kepada yang suka berburuk sangka, hentikanlah! Kalau masih ada yang fikir saya pemburu cinta suami orang, tolonglah. Saya bukan begitu. Sebelum ini orang tak tahu saya pernah menolak harapan lelaki-lelaki dalam kalangan suami orang. Ada yang nak menjadikan saya kekasih dalam diam. Saya menolak, memang tak mahu. Saya bukan perampas suami orang," demikian akui pelakon Oktovoa Manrose.





Pernah dikaitkan dengan skandal penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sebelum ini, Oktavia Manrose menepis dakwaan netizen yang menganggap beliau penganggu rumah tangga orang. Dedah Oktovia, ramai suami orang sebelum ini ingin menjadikan beliau sebagai kekasih gelap, namun ditolaknya.

Memegang status janda anak satu, Oktovia mendakwa ramai pihak cuba menambah api dalam bara ketika kontroversinya dengan Aliff dengan menokok tambah cerita hinggakan beliau trauma berdepan dengan kontroversi terbabit. Oktovia mengaku dirinya manusia biasa cukup terluka apabila muncul fitnah sehingga dia terpalit dengan pelbagai masalah lain.

"Saya tak mahu bercakap lagi tentang Aliff Aziz. Saya dah move on! Ya, benar Bella Astillah sudah memaafkan. Namun Oktavia perlu bangkit menonjolkan bukti bahawa dia bukan hadir ke dunia seni untuk mencipta kontroversi tetapi mampu memegang trofi! Lebih mengejutkan apabila kita berdiam, ada pula menambah cerita, memfitnah dan berburuk sangka. Macamlah saya ni tak ada perasaan. Orang tak tahu kesan berdepan masalah saya tak boleh tidur malam dan tak lalu makan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Mengambil nasihat bapa sebagai penguat kesabaran, Oktovia bersyukur kerana bapanya memahami keadaan. Sokongan yang diberikan tanpa berbelah bagi dan ini menguatkan semangat si anak: "Syukurlah, pada waktu-waktu yang berat itu ayah dan adik-beradik berada di sisi. Allah berikan saya kekuatan untuk berdepan dengan tohmahan orang. Saya yakin Allah menguji kerana Dia menyayangi.

"Papa suruh saya bersabar. Semua maklum, orang tua saya lebih dulu makan asam garam dalam dunia hiburan. Mereka pun mungkin biasa dengan gosip mulut orang yang tahu nak menyakitkan hati orang lain. Papa pernah tak setuju saya jadi pelakon namun lambat laun dia memahami bakat dan punca rezeki saya ditakdirkan dalam bidang ini. Papa beritahu, dia sentiasa mendoakan saya dan anak-anaknya dilindungi daripada hal tak baik," tambah pelakon 'Dendam Aurora' ini.

Sudah mempunyai kekasih yang setia kepada dirinya, kegagalan perkahwinan sebelum ini menjadikan Oktovia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Dia mengambil masa yang lama untuk jatuh cinta: "Setelah bercerai dengan bekas suami, hati saya kosong. Tak mudah jatuh cinta lagi. Sebab itulah sesudah menjanda dan jadi pelakon, saya jenis tak mudah terpikat dengan lelaki.



"Walaupun bekas suami, Muhammad Izzat Abdul Rahman sudah berkahwin lain selepas saya habis edah, saya bahagia sendiri. Kini saya menjalani hidup bersama anak lelaki bernama Muhammad Rayan Zafarrel yang berusia lapan tahun," luahnya.

Belum bersedia untuk mendedahkan siapa kekasih hatinya, sepupu pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose ini berterusan bercerita soal teman lelaki: "Belum waktu untuk perkenalkan kekasih yang berjaya membuka pintu hati untuk bercinta lagi.

"Saya berharap kami akan berkahwin bila sampai masa dan hubungan berkekalan selamanya. Saya suka kan lelaki yang tak panas baran, boleh mengawal emosi, tak kedekut dan tak berkira. Paling penting bertanggungjawab,baik hati, murah senyuman, nampak kemas, bersih dan harum," tuturnya sambil tersenyum.


www.myartis.com / Sumber & foto: Utusan & Instagram Oktovia Manrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: