02 September 2019

MARK ADAM HADIAHKAN IBU RUMAH BARU: "MAK MASIH TAK PERCAYA"


Menerusi laman Instagram, penyanyi Mark Adam telah memuatnaik video dimana dirinya memberikan kejutan dan merealisasikan impian dengan membelikan sebuah rumah buat ibu tercintanya di Filipina. Memanjatkan rasa syukur, Mark turut mendedahkan impian itu sebenarnya telah disimpan sejak 23 tahun lalu.





"'Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah', (1996). Terima kasih banyak-banyak kerana merealisasikan perkara ini isteriku. Tak pakai topi keledar sebab tempat rumah baru sangat dekat dengan rumah sewa lama mak di kampung. Dan mak masih tak percaya ini rumah baru dia. Syukur Alhamdulillah Ya Allah," tulis Mark bersama sepotong video kejutan rumah baru buat ibunya itu.

Dalam video terbabit, Mark menutup mata ibunya sambil membawanya menaiki sebuah motosikal menuju ke sebuah kawasan perumahan baru. Ketika tiba, ibunya dibukakan penutup mata dan terperanjat apabila ditunjukkan kediaman baharu mereka yang bersaiz jauh lebih besar setinggi dua tingkat.

Biarpun Mark dikenali sebagai individu yang melucukan, perkongsian itu membuatkan netizen terutama rakan selebriti tersentuh dan memuji usaha Mark. Terdahulu, Mark yang pulang ke Filipina sejak empat hari lalu turut menghadiahkan ibunya sebuah televisyen pintar bersaiz 65 inci.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mark Adam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: