07 October 2019

3 FOTO - SUASANA MAJLIS RESEPSI NADZMI & ARDELL ALA 'FAIRYTALE'


Baru-baru ini, pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung di Roof Garden Hotel Bukit Jelutong dengan penuh meriah dengan kehadiran seramai 6,000 jemputan. Nadzmi ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir: "Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis kami pada hari ini," katanya.





Tidak seperti bersanding yang lain, majlis Nadzmi dan Ardell meriah dengan konsep ala 'Fairytale', lengkap dengan gimik pembukaan oleh pengantin. Nadzmi hadir diiringi dua pengiring lengkap dengan busur seperti simbolik kepada dirinya yang memburu cinta dan kini sudah menemui pasangan hidupnya.

Umpama pementasan teater muzikal, gimik pembukaan itu diiringi muzik romantik. Kedua-dua mempelai nampak selesa berkongsi hari bahagia mereka bersama keluarga serta kenalan dan tidak lagi menggigil seperti di majlis pernikahan sebelum ini.

Ditanya sama ada sudah ada tanda-tanda kehadiran zuriat selepas lebih sebulan berumah tangga, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu memaklumkan belum ada. Untuk makluman, Nadzmi dan Ardell diijabkabulkan pada 1 September lalu selepas berkawan rapat sejak 2015.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: