07 October 2019

LAWAK 'STAGE BERAT SEBELAH' - NABIL DIKECAM 'BODY SHAMING' SHERRY


Nampaknya pelawak dan pengacara Nabil Ahmad sekali lagi kena kecam apabila baru-baru ini menerusi program realiti Big Stage 2 bagi mempromosikan rancangan kendaliannya Gegar Vaganza musim keenam (GV6) itu telah bergurau "Aku dapat complain stage berat sebelah" yang berunsurkan 'body shaming' terhadap pengacara Sherry Al- Hadad. Rata-rata netizen menganggap perbuatan Nabil itu agak biadab.





Sekali lagi tindakan pantas penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar yang mengawal keadaan bertindak melindungi rakan pengacaranya itu dipuji netizen. Ramai yang berkata dia ibarat hero yang menyelamatkan situasi agar tidak berlarutan. Memang seorang lelaki budiman.

Lawak tentang bentuk fizikal seseorang ataupun 'body shaming' termasuk sebagai salah satu kategori buli. Memang tidak kelakar apabila seakan menghina bentuk fizikal orang lain apatah lagi di televisyen. Hentikanlah lawak 'body shaming' yang tidak kelakar dan hanya menjatuhkan maruah orang lain.

Budaya 'body shaming' ini sepatutnya tidak wujud. Orang yang dipersendakan itu boleh menghadapi kemurungan yang melampau apatah lagi jika dimalukan di khalayak ramai. Benar kata netizen, dah boleh rasanya berhenti untuk membuat lawak berkaitan fizikal seseorang.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: