07 October 2019

NEELOFA TERUJA MENANGI ANUGERAH INFLUENCER AWARDS 2019 MONACO


"Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini. Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa.





"Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini adalah titik tertinggi dalam kerjaya bisnes saya setakat ini.

"Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform saya memperkenalkan negara kita dan 'modest fashion' kepada orang luar," tutur pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa atas pencapaian membanggakan apabila dia telah menerima anugerah Influencer Awards 2019 Monaco (IAM 2019) dalam kategori Usahawan yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco, semalam.

Neelofa merasa sangat teruja diiktiraf menerusi anugerah berprestij berkenaan memandangkan setiap penerima yang terpilih dipilih oleh juri dan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia. Menurut Neelofa, sejak bergiat aktif dalam bisnes hijab yang diusahakan sejak 2014 dan keutamaannya terhadap fesyen sederhana (modest fashion) membuka peluang untuknya mengembara dan memperkenalkan Malaysia di persada dunia.

Klik untuk gambar besar


Influencer Awards 2019 Monaco adalah penganjuran kedua selepas diadakan pada tahun lalu. Anugerah ini direalisasikan Pauline Ducruet, anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza, Monte Carlo. Sebanyak 27 anugerah diserahkan pada majlis terbabit. Antara pemenang pada majlis itu termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).

Kejayaan Neelofa di dalam bidang perniagaan seharusnya dijadikan contoh oleh golongan muda masa kini. Bukan calang-calang orang yang boleh dapat pengiktirafan untuk anugerah berprestij antarabangsa. Tahniah sekali lagi kepada Neelofa.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: