28 October 2019

3 NOVEMBER INI - SARAH HILDEBRAND & OTTO GILLEN BERNIKAH


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand, 29, kerana bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihannya, kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen, 26, pada 3 November ini. Difahamkan, majlis pernikahan Sarah dan Otto bakal berlangsung di masjid berhampiran kediaman keluarganya di Lembah Keramat.





Menurut pelakon yang mencipta nama menerusi drama 'Pujaan Hati Kanda' itu, dia dan Otto yang juga pelukis sepakat untuk berkahwin selepas berkawan rapat selama lapan bulan: "Sebenarnya, saya dan Otto kawan lama yang terpisah ketika sama-sama menuntut di sekolah tinggi di Amerika dulu.

"Saya bertemu semula dengannya ketika melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat awal tahun ini. Namun, kami kembali berkawan rapat sejak Februari lalu selepas hubungan saya dengan bekas kekasih berakhir,” katanya kepada Harian Metro. Ditanya kenapa dia merahsiakan hubungan dengan Otto sebelum ini, Sarah berkata, dia tidak mahu menjaja kisah cintanya kerana bimbang kisah pahit berulang.

Klik untuk gambar besar


"Banyak yang saya belajar selepas putus cinta sebelum ini. Justeru, selepas kami sepakat untuk berkahwin, saya pastikan perancangan untuk berkahwin berjalan lancar dulu barulah berkongsi berita baik ini dengan semua.

"Selain itu, banyak dokumen berkaitan urusan pernikahan yang perlu diuruskan kerana saya bakal berkahwin menggunakan wali hakim nanti," kata yang Sarah pernah menjalin hubungan dengan pengacara Nabil Mahir tetapi hubungan itu berakhir awal tahun ini selepas lima tahun bercinta.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sarah Hildebrand


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: