27 October 2019

SELAMAT BERTUNANG - BELLA NAZARI NIKAH IQBAL KAMARUDIN MAC 2020


Selepas dua tahun menjalin cinta, pelakon dan penyanyi Bella Nazari telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Iqbal Kamarudin di kampung halamannya di Utan Aji, Perlis, semalam. Bella atau nama sebenarnya Mas Nabiella Nazari, 32, berkongsi khabar gembira itu di laman Instagram dengan memuatnaik sekeping gambar selepas majlis pertunangannya berlangsung.





"Majlis pertunangan kami dibuat secara kecil-kecilan dan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat. Segala persiapan dilakukan pada saat akhir, sekadar mengambil syarat. Insya-Allah, berdasarkan perbincangan keluarga, majlis pernikahan kami akan berlangsung, Mac tahun depan. Tunang turut datang ke Perlis, tetapi tidak ikut serta ketika majlis pertunangan berlangsung," kata pelakon drama 'Hati Perempuan' dan 'Shh.. I Love You' itu.

Menurut penyanyi lagu 'Oh Cintaku' itu, dia mengenali bakal suaminya yang juga duda anak satu ketika sama-sama mengikuti pengajian di sebuah universiti: "Dia ialah bekas kekasih saya. Tidak sangka selepas 10 tahun membawa haluan masing-masing, kami bertemu semula. Bakal suami bekerja di bahagian orkestra bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kami kembali serius sejak hampir dua tahun lalu".

Mengulas mengenai Iqbal, Bella berkata, dia terpikat dengan sifat bertanggungjawab jejaka itu, malah tunangnya itu juga pandai mengambil hati: "Dia sentiasa berusaha menggembirakan saya. Setiap kali saya berdepan tekanan, dia akan berusaha membuat saya kembali tersenyum. Dia juga sangat bertanggungjawab dan itu menjadi antara faktor mengapa hati saya terbuka menerimanya sebagai bakal suami".

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Bella Nazari & Iqbal Kamarudin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: