27 October 2019

ISU FITNAH STATUS SAH TARAF ANAK RITA - INDIVIDU TAMPIL BUAT PENGAKUAN


Akhirnya individu yang menulis komen berniat jahat terhadap anak Rita Rudaini tampil membuat pengakuan setelah hampir seminggu pelakon itu membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun di Instagram. Menurut peguam yang dilantik Rita iaitu Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan, lelaki berkenaan sudah menghubunginya bagi menyelesaikan isu tersebut.





"Selepas laporan polis dibuat, individu itu ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai komen yang ditulis di Instagram milik Rita. Memandangkan kita sudah buat laporan polis, jadi dia perlu bertemu dengan pihak polis untuk ambil kenyataan.

Berbaki lebih kurang tujuh hari sahaja lagi, lelaki itu tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf dengan Rita. Tarikh pertemuan itu masih dalam perbincangan dan akan ditetapkan oleh polis. Lelaki itu memberikan kerjasama yang baik dan pertemuan itu mungkin akan diadakan dalam masa terdekat," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pada Isnin lalu, Rita bertindak membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman Instagram. Rita, 43, membuat laporan itu selepas mendapati komen yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya itu berniat jahat dan memberi kesan buruk terhadap mereka. Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kota Damansara, Selangor.

Menerusi Instagram milik Rita, seorang netizen meninggalkan komen mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya pada salah satu foto yang dimuatnaik: "Entah anak-anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer," tulis pemilik akaun tersebut.

Netizen berkenaan diberi tempoh selama 14 hari untuk tampil membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan mahkamah. Terdahulu, Rita dikurniakan dua cahaya mata bernama Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, hasil perkahwinannya dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 sebelum bercerai pada September 2013.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: