19 October 2019

ADAM CORRIE MASUK HOSPITAL: "TERIMA KASIH FATEH & BIDADARIKU JAGA ABAH.."


Menerusi laman Instagram, pelakon Adam Corrie Lee telah memuatnaik foto yang menunjukkan keadaannya yang dimasukan ke hospital dengan menaiki ambulans kelmarin. Kini, pelakon KL Gangster itu memaklumkan dirinya sudah boleh bangun dan menunjukkan perkembangan positif.





"Terima kasih @adamfatehlee & bidadariku @puan_fazi_fuad jaga abah.. teman abah dalam ambulance dan di hospital dari semalam.. Terima kasih team production @opyglobalpictures drama #Penunggu yang bantu uruskan saya ke hospital. Empat orang kena masuk wad semalam termasuk saya. Petang ni baru boleh bangun duduk. Alhamdulillah," tulisnya dalam kapsyen.

Dalam entri tersebut, Adam memuatnaik fotonya di hospital bersama anak lelakinya Adam Fateh Lee, 1. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar dia segera sembuh. Untuk makluman, Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Fuad, 40, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Adam Corrie & Adam Fathe Lee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: