02 October 2019

ALIFF AZIZ: "READING ALL..... LOVE & HATE... MAY ALLAH BLESS EVERYONE"


Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz nampaknya sekali lagi dihimpit kontroversi apabila baru-baru ini pelakon wanita baru dikenali sebagai Joanne Emmy menerusi Twitter mendedahkan perangai Aliff tidak pernah berubah seperti yang dikatakan dan masih lagi 'buaya darat' dan ligat menabur ayat manis menggoda gadis-gadis di luar sana. Joanne mendakwa dia merupakan mangsa terbaru pelakon 'Halalkan Hati Yang Ku Curi' itu.





Seperti yang dijangka, dia dikecam teruk dan rata-rata netizen mengatakan Aliff tidak akan berubah. Sekali curang, pasti akan curang lagi selepas ini. Namun, menerusi muatnaik terbaru di laman Instagramnya, Aliff kelihatan sangat tenang dan sedikit pun tidak melenting dengan kontroversi terbaru mengaitkannya itu.

Masih boleh tersenyum membaca komen-komen kecaman yang dilemparkan kepadanya serta mendoakan Allah SWT merahmati semua orang yang bercakap mengenai dirinya: "Reading all the comments both love and hate ones be like. May Allah bless everyone," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen memuji kematangan ditunjukkan Aliff kerana tidak melayan kontroversi yang sedang dikaitkan dengan dirinya itu. Mereka turut mendoakan Alift terus kuat menghadapi dugaan dan terus dilindungi Allah SWT.

Terdahulu, bekas isteri Aliff iaitu pelakon Bella Astillah berkata, apa yang berlaku sebelum ini membuatkan Aliff hilang keyakinan diri. Bagaimanapun dia sedang berusaha untuk berubah dan mendekatkan diri dengan agama.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: