09 October 2019

AMYZA AZNAN: "WALAU YOU DAH LUMPUH, KASIH SAYANG SETIA I TAK LUMPUH"


"Walau you dah lumpuh, kasih sayang setia I tak lumpuh. Saya minta maaf kepada semua client yang saya buat emcee majlis dan produksi. Bukan tak nak kongsi aktiviti saya di Instagram dan bukan pilih bulu tetapi sebenarnya sekarang lagi penting untuk saya fokus iaitu suami saya, dia strok.





"Insya-Allah suatu hati annti saya akan kongsikan kerja-kerja pengacaraan dan penggambaran itu," demikian tulis pelakon Amyza Aznan yang memaklumkan dia kini sedang sibuk menguruskan suaminya Khairil Izhar Mohd Nazir yang lumpuh akibat serangan strok.

Jelas Amyza lagi, situasi berkenaan membataskannya untuk berkongsi perkembangan kerjayanya dalam bidang pengacaraan majlis dan lakonan. Amyza dalam masa sama menerusi IG Tv yang dimuatnaik di platform media sosialnya melayangkan ucapan khas sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka ke-16.

Klik untuk gambar besar


"Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku sayang. Semoga Allah pegang hati ini untuk tidak berpaling, tidak lelah menjaga, memanja, menyayangi, mencintai B. Walaupun B strok, doa love tetap B suami dan ayah kepada anak-anak love di dunia dan sehingga ke jannah nanti," katanya.

Sebelum ini, Amyza pernah beberapa kali berkongsi keadaan suaminya yang diserang sakit jantung hingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Untuk makluman, Amyza dan Khairil berkahwin pada tahun 2004 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata, Andre, 13, Adrian, 10, dan Ayden, 4 tahun.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: