09 October 2019

BAGI MENAMPUNG BIL PERUBATAN - RIHANA DEDAH TERPAKSA JUAL CINCIN KAHWIN


Kisah mengenai rumah tangga bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V nampaknya masih belum berkesudahan lagi apabila terbaru, Rihana memberitahu dia terpaksa menjual cincin kahwinnya bernilai £ 203,000 (kira-kira RM1.05 juta).





Menurutnya, dia sangat terdesak dan memerlukan wang selepas ditinggalkan ketika sedang hamil 4 bulan. Ujarnya lagi, wang tersebut digunakan untuk menampung bil perubatannya di Switzerland dan mendedahkan hampir kehilangan bayi yang dikandungnya. Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang dilahirkan pada 21 Mei kini berusia 4 bulan berdepan beberapa komplikasi ketika berada di dalam kandungan lagi.

Rihana mendakwa dia terpaksa menjual cincin rekaan Jacob Arabo iaitu sama seperti dipakai oleh Victoria Beckham tiga kali kurang daripada nilai asalnya: "Saya tidak akan menyatakan harga saya menjualnya, tetapi ia adalah tiga kali kurang daripada kosnya".

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Rihana turut menuduh Sultan Muhammad mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa hingga memaksa dia menjual barang kemas berkenaan jauh lebih murah dari nilainya untuk menanggung bil perubatan ketika melahirkan Tengku Ismail Leon Petra.

Terdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya sudah tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu. Rihana turut mendakwa baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya. Minggu lalu, Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.






www.myartis.com / Sumber: Free Malaysia Today & Daily Mail


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: