14 October 2019

ASHRAF MUSLIM: "PATUTNYA AMAR KENA JUMPA SAYA"


"Patutnya Amar kena jumpa saya, mungkin saya boleh beri nasihat. Bagi saya tak salah nak rahsiakan perkahwinan kedua tapi kena ingat sebagai selebriti ramai di luar sana ingin tahu mengenai keluarga kita. Jadi kalau boleh kita sampaikan kepada masyarakat supaya tidak berlaku fitnah.





"Nak kawhin berapa pun tak ada masalah, tapi kena lakukan dengan cara yang betul. Berpoligami ini tak salah sekiranya seorang suami itu mampu daripada segi menjaga para isteri, anak-anak dan bijak menguruskan rumah tangga. Paling penting, mampu menggalas amanah Allah berikan.

"Kalau rasa-rasanya tak mampu janganlah buat. Mampu ini banyak maksud antaranya masa, kewangan, kasih sayang dan segalanya," demikian kata pelakon Ashraf Muslim yang turut melayari kehidupan berpoligami dan memberitahu tiada salah untuk pelakon Amar Asyraf merahsiakan perkahwinan kedua tetapi perlu menghebahkannya supaya tidak berlaku fitnah.

Klik untuk gambar besar


Sejak minggu lalu, nama Amar menjadi bualan ramai apabila terbongkar rahsia rumah tangganya yang dikatakan sudah beristeri dua dan nyaris berkahwin buat kali ketiga apabila didedahkan oleh skandalnya yang juga merupakan seorang pelakon baru Ellika Azman.

Dalam pada itu, Ashraf berkata suami berhak menjalani kehidupan berpoligami sekiranya dia mampu menggalas tanggungjawab serta amanah yang diberikan tetapi jika tidak mampu, tidak perlu memilih jalan tersebut.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Ashraf Muslim & Amar Asyraf


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: