14 October 2019
"DIA (AYDEN) PERLUKAN IBU BAPANYA" - BELLA NAFI KELUAR BERDUA
Sebelum ini timbul spekulasi di kalangan netizen yang mengatakan cinta pelakon Bella Astillah dan bekas suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berputik kembali selepas dilihat memuatnaik gambar menerusi InstaStory meluangkan masa bersama bermain bowling.
Enggan mengulas mengenai perkata tersebut, Bella hanya mengatakan apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk anak mereka, Ayden Adrean. Jelasnya lagi, mereka bukan keluar berdua seperti yang diperkatakan netizen.
"Dia perlukan ibu bapanya dan tak boleh satu pihak saja. Lagipun kami tidak keluar berdua, sebaliknya turut ditemani ibu, adik dan beberapa anggota keluarga lain," jelasnya yang sebelum ini memberitahu dia tidak menolak seandainya masih ada jodoh dengan bekas suami.
Ujarnya, dengan keadaan Aliff yang bermasalah, dia hanya membantu untuk memberikan sokongan. Susulan tindakannya itu, ramai netizen mendakwa Bella seakan memperbodohkan diri kerana masih melayan baik bekas suaminya itu. Bagaimanapun, Bella menegaskan itu adalah haknya untuk lakukan apa sahaja dan tidak peduli dengan tanggapan netizen.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Bella Astillah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment