14 October 2019

MUNCUL DALAM MV ERRA: "TIDAK SALAH... TAKKAN JADI ISU?" - SHAHIR


Mengulas kemunculannya dalam video muzik single terbaru bekas kekasihnya, primadona Erra Fazira iaitu 'Menangkah Cinta', juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir Zawawi berkata, mereka tiada masalah bekerjasama, biarpun sudah tiada apa-apa ikatan.





Namun akui Shahir, pada mulanya, dia agak keberatan memberikan kata persetujuan. Bukan kerana bimbang kisah hubungan cinta tidak kesampaian mereka kembali dibangkitkan, sebaliknya dia risaukan perubahan susuk tubuhnya yang semakin berisi.

"Tidak salah saya memberikan sokongan kerana kami berada dalam bidang yang sama. Takkan berlakon bersama pun jadi isu? Erra menghubungi saya pada 4 September lalu dan menyuarakan hasrat mengundang saya tampil saya dalam video muzik terbarunya. Saya tidak terus memberikan kata persetujuan kerana hati masih berbelah bahagi.

Klik untuk gambar besar


"Saya belum bersedia, malah tidak selesa beraksi depan kamera kerana pertambahan berat badan. Bimbang juga jika kemunculan saya itu hanya merosakkan video muzik terbabit. Berulang kali perkara itu ditanyakan kepada Erra, tetapi dia terus meyakinkan saya hingga akhirnya saya bersetuju membuat kemunculan," ujarnya.

Penyanyi lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' itu berkata, dia hanya mempunyai seminggu membuat persediaan, termasuk menurunkan sedikit berat badannya sebelum ke lokasi penggambaran video muzik arahan Hafiz Hamidun itu.

"Sepanjang seminggu itu, saya banyak bersenam, selain menjaga diet supaya tampil selesa pada hari penggambaran," katanya yang kini sudah tidak mempunyai hubungan dengan Erra lagi selepas ibu kepada Engku Aleesya itu membuat pengakuan pada 12 Julai lalu, bahawa hubungan mereka sudah terlerai.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: