14 October 2019
PADAM TEGURAN DR. SHEIKH MUSZAPHAR - NETIZEN SELAR HAIRUL AZREEN
Baru-baru ini menerusi laman Instagram, pelakon Hairul Azreen telah memuatnaik video dimana dia memegang kaki anak keduanya, Alisa Aisyah dan membiarkannya berdiri sendiri. Meskipun ramai yang memuji daya kekuatan kaki Alisa, namun ada yang ngeri melihat aksi tersebut kerana bimbang bayi tersebut terjatuh.
Video tersebut turut mendapat perhatian angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar yang menegur aksi tersebut tidak sesuai dilakukan kepada bayi kerana otot dan tulang bayi yang masih tidak mampu menahan aksi sedemikian dan mungkin akan memberi akibat buruk nanti.
Jelasnya lagi, bayi hanya akan bersedia untuk berdiri sendiri apabila otot dan tulangnya sudah cukup kuat. Dalam pada itu, Dr. Sheikh Muszaphar turut menasihatkan kepada orang ramai tidak melakukan aksi tersebut pada anak mereka.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila komen oleh Dr. Sheikh Muszaphar itu telah dipadam diruangan entri tersebut. Susulan itu, ramai yang mengecam tindakan Hairul serta menyifatkan pelakon itu tidak boleh menerima teguran.
Kebanyakan netizen bengang dan terus menyelar tindakan suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu yang tidak boleh menerima komen baik daripada Dr. Sheikh Muszaphar yang seharusnya dibiarkan supaya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.
Seorang individu lain telah menyoal kembali kepada angkasawan tersebut mengenai tegurannya itu dan berjaya mendapat jawapan penuhnya. Jika diingat kembali, sebelum ini Hairul juga pernah melakukan aksi sama ketika anak sulungnya, Yusuf Iskandar masih kecil beberapa tahun lalu. Tiada salahnya jika mengambil nasihat atau teguran daripada mereka yang pakar atau berpengalaman jika perkara itu untuk mendatangkan kebaikan.
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Hairul Azreen
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment