14 October 2019

WAJAH SEPERTI 'TONY STARK' - SHAM VISA NAFI BUAT BEDAH PLASTIK


"Saya tak boleh nak komen banyak mengenai perkara itu. Ada yang kata saya membuat pembedahan plastik tetapi saya nak berterima kasih kepada ayah saya lah yang bagi ini (raut wajah)," demikian kata vokalis Visa iaitu Sham yang menjawab dakwaan melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan seiras watak filem adiwira Iron Man, Tony Stark, watak yang dilakon pelakon antarabangsa terkenal, Downey Jr.





Sham atau nama sebenar Roshiham Hashim yang sebelum ini pernah mengumumkan bahawa dia telah menarik diri daripada terus berkecimpung dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dahulu itu telah membuat kemunculan semulanya dengan imej baru iaitu imej berkumis dan mengenakan cermin mata bulat yang membuatkan ramai peminat jadi tak keruan kerana masih kekal tampan walaupun sudah menginjak usia 43 tahun.

Namun begitu, dia tidak mahu ambil pusing mengenai kontroversi itu kerana dia faham itu adalah lumrah yang perlu dihadapi jika mahu bergelar sebagai anak seni. Penyanyi yang popular dengan lagu 'Dalam Gerimis' itu menambah bahawa fokus utamanya adalah untuk memberikan persembahan yang terbaik dalam program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) bagi mengubat rindu kepada peminatnya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Awani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: