14 October 2019

DIPELUK ZUL ARIFFIN PULA - INTAN NAJUWA DISIFAT MUDAH DISENTUH


Nama pelakon Intan Najuwa menjadi perhatian ramai semenjak mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan yang 16 tahun lebih tua daripadanya. Ada yang menuduh Intan memilih jejaka tersebut disebabkan harta dan mata duitan.





Sebelum ini Intan dihentam apabila memuatnaik gambar didukung oleh pelakon Idris Khan, nampaknya nama Intan sekali lagi menjadi perhatian dan dikecam apabila tular gambarnya berpeluk dengan pelakon Zul Ariffin di atas kapal.

Meskipun ramai mengetahui gambar tersebut adalah untuk mempromosikan drama 'Setelah Ku Dimiliki' yang akan ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi, namun ianya menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Klik untuk gambar besar


Tidak kurang juga ada yang menyifatkan pelakon itu seolah-olah senang disentuh oleh mana-mana lelaki. Tidak kurang ada yang menyindir tunangnya seorang yang pemurah kerana membiarkan Intan diperlakukan sedemikian.

Jika sebelum ini, Intan mempertahankan dirinya dengan membalas komen netizen, namun kali ini tiada komen balas daripada pelakon tersebut. Kalau ikutkan Intan hanya menjayakan watak sahaja dan mungkin tunang pun faham kerjayanya sebagai pelakon.




www.myartis.com / Sumber & foto: CARI Forum & Instagram Intan Najuwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: