29 October 2019

"BABY D TERUS KUAT... 535 GRAM & SEKARANG DAH 622 GRAM - SUAMI ABBY


"Days 30, #MuhammadDanialfirmanfaizal masih di NICU Hospital Sg Buloh, Baby D terus kuat, semakin hari sentiasa ada perkembangan positif. Abah dan mama @abby_abadi112 tak sedar masa berlalu begitu pantas, setiap hari tak sabar nak ke hospital, nak berbual2 dengan Baby D, nak pegang tangan... rindu sgt2.





"Abah & Mama x nak baby D sunyi.. Abah tahu Baby D dapat rasa sentuhan Abah & Mama, moga terus kuat sayang. Hari pertama masuk NICU, Baby D seberat 535 gram dan sekarang dah 622 gram. Susu pun dan minum banyak, lega hati Abah dan Mama.

"Sayang Baby D, Doa Abah & Mama tidak pernah lupa untuk doakan sayang setiap detik dan saat memohon agar Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk Baby D, diberkan kekuatan untuk meneruskan kehidupan moga kita dapat berkumpul

Klik untuk gambar besar


"Abah tahu Baby D kuat dan tak sabar untuk berada dalam pelukan Abah & Mama, InsyaAllah sayang. Baby D tahu tak, ramai diluar sana yang menunggu kabar berita perkembangan Baby, semua tak sabar nak jumpa Baby, mereka juga sayangkan Baby D.

"NICU dah jadi rumah kedua untuk Abah & Mama, tidak ada istilah jemu...yang pasti setiap hari Abah & Mama akan penuhi masa untuk bersama sayang. Baby D, Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk sayang, menjadi anak yang solah... Love U Sayang



"InsyaAllah setiap impian dan doa pasti menjadi kenyataan," demikianlah tulis suami kepada pelakon dan penyanyi Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali Jai Ezzany yang mendedahkan bayinya, Muhammad Danial Firman menunjukkan perkembangan yang positif selepas 30 hari berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Malah berat badan bayi pasangan ini yang dlahirkan sebagai pra-matang juga meningkat dari berat asalnya yang hanya 535 gram. Menerusi perkongsian di laman Instagram itu, suami Abby memuatnaik foto tangan anaknya yang sangat kecil.

Tambah Faizal lagi, NICU merupakan rumah kedua dia dan isteri untuk sengiasa menemani dan menjaga anak mereka. Untuk makluman, Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Jai Ezzany & Abby Abady


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: