29 October 2019

SELAMAT BERTUNANG - FATIN HUSNA NIKAH DISEMBER INI


"Alhamdulillah pada tarikh 12.10.19 saya telah bertunang secara kecil-kecilan antara keluarga terdekat sahaja. Insya-Allah pada pertengahan bulan 12 saya akan bernikah, semoga semua urusan di permudahkan. Doakan semoga saya dapat harungi dugaan bertunang," tulis rakan duet penyanyi Khai Bahar, Fatin Husna yang memuatnaik beberapa keping foto bersama tunangnya itu di laman Instagram.





Menerusi entri di Instagramnya, Fatin, 24, turut memaklumkan bakal berkahwin dengan jejaka yang dikenali sebagai Luqman itu pada pertengahan Disember ini. Difahamkan, Fatin dan Luqman telah berkenalan sejak 2016.

Dalam perkembangan lain, Fatin kini sedang giat mempromosikan single terbaharunya berjudul 'Dan Cintaku'. Fatin mula mencipta nama apabila single duetnya bersama Khai Bahar berjudul 'Rahsia Kita' popular tahun lalu.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fatin Husna & @luqmanul_93


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: