07 October 2019

BIG STAGE 2 - NETIZEN PERTIKAI KEJUARAAN HAN BYUL


Umum sudah pun mengetahui mengenai penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul yang telah dinobatkan sebagai juara program realiti Big Stage musim kedua dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000, kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 Pro, berserta trofi sumbangan Astro.





Pada konsert final yang berlangsung semalam, Han Byul menyanyikan dua lagu iaitu 'cover' lagu 'Lose Yourself' daripada Eminem serta 'single' terbaharu berjudul 'Luka dan Bahagia'. Namun begitu, kemenangan Han Byul telah dipertikai oleh netizen yang tidak berpuas hati mengapa pula orang luar boleh memenangi pertandingan tersebut. Seharusnya berikan peluang kepada penyanyi tempatan yang lebih berbakat.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang merasakan Han Byul layak untuk menang. Dia sudah berusaha sehabis baik dan persembahannya setiap minggu juga berkualiti dan konsisten. Kesemua finalis akhir Big Stage 2 sangat berbakat tetapi sudah tertulis rezeki Han Byul untuk menang. Tidak perlu lah kita pertikai lagi.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Beautifulnara, Instagram Astro Gempak, Han Byul & Official Ria X


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: