07 October 2019

BABY DANIAL KRITIKAL, 90 PERATUS BERNAFAS GUNA MESIN - ABBY MOHON DOA


Hari ke 9 & 10 (5/6Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah utk malam ni. Dah masuk 7hb, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat & kuat anak Mama Abah. Siang tadi, dapat cal dari NICU, HBSB kata perlukan darah Mama utk masukkan dalam badan Baby Danial. Pastu bila bgtau kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sblm pergi haritu, & tahu stok darah Mama ada lagi... dorang cal semula bgtau takpe mmg stok ada lagi. Buleh dtg Isnin pagi.





"Petang tadi hospital cal lagi, bgtau ada Doc nk jumpa nk cakap pasal Baby Danial (Doc ramai, bertukar ganti) Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar2 rasa bila kata Doc nk jumpa tu.. Rasa nk terus terbang supaya cepat sampai sbb dah terfikir mcm2 dah. Sampai Sungai Buloh kul 1030pm tadi terus ke NICU... dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak2. Ya ALLAH bersyukur sangat2! Baby kami masih ada . Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia...berlinang airmata...

"Doc datang jumpa tanya tahukan mcmana keadaan Baby. Pendarahan, paru paru tak kuat bla bla bla.. & yg terbaru.... Baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin utk bernafas....... maximum dah penggunaan mesin tu utk baby seusia Danial. Jadi mmg conditionnya sangat kritikal bla bla blaaa.. Malam ni jangan pergi jauh jauh la ye...kata Doc

"Ya ALLAH.........Sayu dengar bila Doc cakap mcm tu... tp dari awal pun beberapa org Doc cakap point yg sama juga, 50/50 peluang utk hidup sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yg sangat tidak bersedia... dgn berat hanya 535gram berbagai kemungkinan buleh berlaku. Tapi Sy & Suami kuatkan hati & tak putus berdoa & berusaha mengharapkan keajaiban dari ALLAH sbb ALLAH Maha berkuasa ke atas makhluknya

Tiada apa yg Sy harapkan dari Sahabat2 disini. Mohon teruskan doa utk Baby kami ye. Hanya DOA buleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nk share keadaan Baby tp kalau tak share, takde pulak yg mendoakan utk Baby kami nanti. #SemogaAdaRezekiUntukPelukBabyDanial #MohonDoaBerterusanUntukBabyDanial #HanyaDoAbulehUbahTakdir #ALLAHUAKBAR #Gambardarigoogle," demikianlah tulis pelakon Abby Abadi di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, memaklumkan keadaan anak kelahirannya yang tidak cukup bulan (6 bulan) menunjukkan perkembangan positif dan tiada lagi pendarahan di paru-parunya. Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru, Abby memberitahu puteranya, Muhammad Danial Firman Faizal kini dalam keadaan sangat kritikal dan 90 peratus bergantung pada mesin pernafasan.

Abby turut menyatakan bahawa peluang untuk anaknya hidup 50-50 dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku memandangkan bayinya itu lahir dengan berat hanya 535 gram. Menerusi perkongsian itu, Abby berkongsikan gambar tangan anaknya yang sangat kecil.

Dalam pada itu, Abby memohon orang ramai turut sama mendoakan keadaan anaknya itu serta mengharapkan kajaiban daripada Allah. Sehingga harini, bayi pasangan terbabit masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan selepas dilahirkan pada 27 September lalu. Semoga Baby D cepat sihat dan sama-sama kita doakan untuk kesihatan anak lelaki mereka.

Untuk makluman, Baby Danial merupakan anak Abby hasil perkongsian hidup dengan Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali Jai Ezzany. Pasangan yang berkahwin pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Harian Metro & Instagram Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: