06 October 2019

DAKWA KETERLALUAN - SUAMI LUFYA BUAT REPORT POLIS


"Semua tuduhan dia terhadap saya itu tidak benar dan keterlaluan! Disebabkan tuduhan itu juga telah menjejaskan imej saya dan masyarakat mula memandang saya dengan negatif.





"Jadi saya bertindak membuat laporan polis terhadapnya demi menjaga dan membersihkan nama keluarga serta imej saya sebagai seorang doktor," kata suami Lufya, Dr Che Muhammad Hafiz yang membuat laporan polis terhadap isterinya berikutan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya.

"Saya bersedia untuk ke mahkamah untuk selesaikan hal rumah tangga serta mempunyai bukti segala tuduhan terhadap saya tidak benar," tambahnya dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Untuk info, Lufya sebelum ini mendakwa telah dianiaya suaminya yang disifatkan ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya. Dakwa Lufya lagi, dia turut mengalami kemurungan selain luka di badan akibat perlakuan suaminya.

Bagaimanapun, ketika diremubual, Che Hafiz enggan mengulas mengenai rumah tangganya memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: