06 October 2019

AKUI KAHWIN DUA TAHUN LALU, BAKAL JADI BAPA - TAJUL TIADA NIAT TIPU


"Ya, memang betul saya sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya tengah bina nama, jadi takut hilang peminat. Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga saya diganggu dan tak nak netizen campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya seni saya.





"Tapi saya tiada niat untuk sorok atau menipu mana-mana pihak. Kalau ikutkan, seluruh keluarga saya, isteri serta pihak pengurusan dan rakan terdekat mengetahui perkara ini," demikianlah jelas penyanyi Tajul Ariff, 21, yang akhirnya menjawab persoalan mengenai status perkahwinannya.

Adik kepada penyanyi Achik Spin itu tampil membuat pengakuan dia sudah berkahwin dengan isterinya, Nurul Shamieza Eddie, 23, pada 10 Disember 2017. Menurut Tajul atau nama penuhnya Tajul Ariff Noor Md Shari, antara sebab utama dia merahsiakan perkara itu kerana bimbang akan kehilangan peminat ketika sedang membina nama dalm industri seni selain enggan mencampurkan urusan peribadi dengan kerjayanya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, teka-teki mengenai status Tajul sudah berkahwin atau belum masih menjadi tanda tanya apabila penyanyi lagu 'Sedalam-Dalam Rindu' itu tetap dengan pendiriannya memilih untuk mengunci mulut. Pada Isnin lalu, seorang netizen menghantar sekeping foto dan meminta penjelasan mengenai wanita yang didakwa isteri kepada Tajul kini sedang hamil. Dalam pada itu, Tajul turut mengakui isterinya kini sedang hamil lapan bulab dan dijangka melahirkan cahaya mata pertama mereka pada hujung November depan.

"Memang betul isteri saya sedang mengandung dan kandungannya kini sudah memasuki lapan bulan. Dia dijangka akan melahirkan bayi sulung kami pada hujung November depan. Saya berharap semua peminat dapat mendoakanyang baik-baik untuk saya, isteri dan bayi kami yang bakal lahir. Saya mohon maaf kepada peminat, sejujurnya saya tiada niat untuk menipu anda semua," ujarnya.

Pada Jun tahun lalu, kecoh di laman sosial apabila Tajul dikatakab mengaku secara terbuka bahawa dia sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Nurul Shamieza Eddie. Bagaimanapun, Tajul menafikan perkara tersebut dan berharap peminat tidak salah faham dengan kenyataan yang dikeluarkan tanpa sengaja.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: