21 October 2019

BILA AAISYAH DHIA RANA TAK TAKUT JARUM SUNTIK


Menerusi laman Instagram Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin itu dilihat kini di tahan di wad bagi mendapatkan rawatan akibat demam dan ramai yang memuji keberanian Aaisyah ini.





Difahamkan, Aaisyah dimasukkan ke wad sejak kelmarin dan sebelum itu doktor yang merawatnya melakukan prosedur mengambil darah. Ketika prosedur terbabit dilakukan, Aaisyah sedikit pun tidak menangis namun dalam waktu sama Zain berada di sisi bagi menenangkan anak perempuan tunggalnya itu.

Sewaktu dihubungi, Rozita Che Wan atau lebih mesra diasapa Che Ta menjelaskan, dia berbangga dengan anak perempuannya itu kerana tidak sedikit pun memberi masalah mahupun menangis. Ia secara tidak langsung memudahkan doktor dan jururawat merawatnya.

"Sebenarnya ini kali kedua Aaisyah masuk wad kerana demam. Sewaktu kali pertama menjalani rawatan situasinya begini apabila disuntik. Cuma, dia akan demam dan ditahan di hospital setiap kali hendak sambut ulang tahun kelahiran. Saya kata dia demam sebab nak membesar," katanya.

Klik untuk gambar besar


Kata Che Ta lagi, dia dan Zain pada mulanya risau juga jika kali ini Aaisyah menangis: "Atau lebih teruk meronta-ronta tidak mahu disuntik, bagi membolehkan darah diambil dan memasukkan ubat. Waktu itu saya dan Zain sudah bersedia sekiranya dia menangis. Syukur, suami pandai memujuk dan menghadang padangan Aaisyah agar tidak melihat doktor menyuntiknya".

Seperti yang dinyatakan oleh Che Ta dalam rakaman video yang dimuatnaik di laman Instagram milik Aaisyah, sekiranya dia yang disuntik dalam usia seperti anak bongsunya itu, pasti dia sudah meraung. Lebih mencuit hati Che Ta dan suami apabila Aaisyah memberitahu dia mahu menukar cita-citanya daripada seorang penyanyi kepada doktor.

"Mungkin kerana dia berasakan doktor dan jururawat yang merawatnya melaksanakan tugas dengan baik membuatkan dia teringin menjadi doktor apabila dewasa nanti," ujarnya yang turut menjelaskan tiada yang serius dan menganggap anak bongsunya itu demam biasa dan aktu sama Che Ta juga meminta pengikut dan juga peminat Aaisyah agar mendoakan agar anaknya itu segera sembuh.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Aaisyah Dhia Rana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: