20 October 2019

NAIK 80 DARIPADA 65 KG: "IA BERPUNCA ISTERI SAYA PANDAI MASAK" - NADZMI ADHWA


"Tengok saya semakin berisi bukan? Sekarang berat badan saya sudah mencecah 80 kilogram daripada sebelum ini 65 kilogram sahaja. Ia berpunca daripada isteri saya kerana dia memang seorang yang pandai masak... makanan dia buat semuanya sedap. Apa sahaja dia masak, saya kena makan sebab nanti takut dia kecil hati.





"Lagipun Ardell anak chef... berilah dia apa sahaja barang, dia tahu je nak masak apa. Saya paling suka kalau dia masak lemak cili api siput sedut dan sambal petai," kata pelakon Nadzmi Adhwa yang mendedahkan berat badannya kini mencecah 80 kilogram daripada 65 kilogram sebelum ini selepas hampir dua bulan bergelar suami kepada pelakon Ardell Aryana.

Menurut Nadzmi atau nama penuhnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 27, ia gara-gara bakat isterinya yang pandai memasak membuatkan selera makannya semakin bertambah. Dalam pada itu, Nadzmi memberitahu dia kini sedang berusaha untuk mengembalikan semula berat badan ideal selain bimbang mengalami masalah kesihatan sekiranya memiliki berat badan berlebihan.

Klik untuk gambar besar


"Nampaknya selepas ini saya terpaksa bekerja keras untuk kecilkan balik badan saya. Dulu kalau berlari saya steady lagi... sekarang berlari sedikit saya dah mengah. Kalau boleh saya tak mahu lakukan ia secara drastik sangat, InsyaAllah perlahan-lahan dalam tempoh tiga bulan mungkin boleh kurus semula," ujarnya.

Untuk makluman, Nadzmi dan ardell selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September lalu. Pada majlis itu, Ardell menerima senaskhah Al-Quran dan mas kahwin RM300 selain masing-masing menyerahkan dua dulang hantaran. Dalam perkembangan lain, Nadzmi bakal muncul menerusi filem seram berjudul 'Anak Penjanjian Syaitan' yang akan ditayangkan diseluruh pawagam tanah air bermula 24 Oktober depan.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: